rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Selasa, Februari 23, 2010

Laptop keluaran Samsung

Sedang mencari laptop multimedia?

saiz: 17.3 inchi dengan tipe R720.
kelebihan: LED-backlit, ATI Mobility Radeon HD 4650 dan speaker dengan subwoofer.
Keyboard: QWERTY dan numerik, juga tersedia 4 port USB 2.0.
Windows: Vista Home Premium.
kapasiti: 320 GB.




...::> Blogger

Sabtu, Februari 20, 2010

...::> New Design


...::> Blogger

SimpleTech SimpleDrive External Designed by Pininfarina


Capacity:160 GB
Interface:Hi-Speed USB
Type of Drive:External

...::> Blogger

Khamis, Februari 18, 2010

Compaq Presario CQ35-103TU

SPECIFICATIONS

- Intel® Core™2 Duo Processor T6600
 
(2M Cache, 2.20 GHz, 800 MHz FSB)
- 2048MB 800MHz DDR2 Memory (Upgradeable to 4GB)
- 250GB 5400rpm Hard Disk Drive
- 13.3' diagonal High definition LED BrightView widescreen display (1366 x 768)
- Lightscribe SuperMulti 8X DVD +/- R/RW Double Layer Support
- Bluetooth
- 802.11b/g WiFi
- Microsoft Windows Vista Home Premium (Free Upgrade to Windows 7)
- Intel Mobile GM45 Express Chipset
- Intel Graphics Media Accelerator 4500MHD
- ExpressCard/34 slot
- Integrated Altec Lansing Speaker
- Integrated 10/100BASE-T Ethernet LAN (RJ45 Connector)
- 3 USB 2.0, HDMI, e-SATA combo, VGA, RJ-45, 1 Headphone, 1 Microphone, Compaq Webcam with integrated Digital Microphones
- Integrated SD/MMC Card Reader
- 6 Lithium-Ion
- 32.7 x 21.9 x 3.18 cm (min.height)/ 3.63cm (max.height)
- One year International Limited Warranty (parts/labor/carry-in)
This Presario CQ35-103TU laptop or Presario CQ35-103TU notebook is about 2120 gram.
SPECIAL MEMBER PRICE : RM 2499
SHOP SELLING PRICE : RM 2599

...::> Blogger

Samsung ML 2240 Laser Printer

 


RM287.00

 ...::> Blogger

Buffalo Mini Station 320GB 2.5" External Hard Disk


RM239.00

  ...::> Blogger

Acer Aspire Timeline 4810T-411G25 (Linux)

Specifications:
Intel® Core™2 Solo processor SU4100 (2 MB L2 cache, 1.30 GHz, 800 MHz FSB, 5.50 W)
- 14' Acer CineCrystal LED LCD Screen
- Integrated 3D Graphics
- 1GB DDR3 RAM (upgradable to 4GB)- 250GB Hard Disk Drive
- DVD Super Multi Layer Drive
- Linux Operating System- Built-in Card Reader
- Bluetooth
- Acer Orbicam
- 6 Cell Li-ion Battery
- 1 Year Int. Traveller Warranty
SPECIAL MEMBER PRICE : RM 1999
SHOP SELLING PRICE : RM 2099


...::> Blogger

Sabtu, Februari 06, 2010

MinggU SibUk

Rasanya jumaat untuk tahun ni lar hari yang aku tak boleh lupa…bygkan lar pagi-pagi dah breakfast KFC lantaran tadi malam lupa nak makan dua ketul ayam yang besar dengan roommate LA, sebenarnya tidur awal pun, hahaha…nasib baik boleh makan lagi, at least pagi-pagi ni terisi la jugak perut yang kosong dari semalam…duk kat Negara barat ke makan KFC pagi-pagi nih?? Hahaha…
sebenarnya dah berapa hari ni LA tak sempat-sempat nak update blog Vesper ni, bukannya apa, broadband yang mana menjadi sebagai asset utama kumpulan kami ni tak ada kat LA…Mr. Rev & Zul yang guna sebab projek kami dah berjalan, lantaran banyak permintaan lar tu yang diorang berdua sibuk je memangjang….alar, kalau tak sibuk pun suka pergi menyibuk….wawawa…~~..~..nak dicerita minggu ni dah makin dan semakin busy, dapat banyak permintaan untuk perkhidmatan format laptop, ni LA punya sebab lar, tampal banyak sangat poster perkhidmatan tu kat mana-mana tempat entah dalam kampus sini…alar, tak pa lar, tu yang namanya rezeki tu…tuk hari jumaat je dah dapat 4 panggilan dah, naik pening dah Mr. Rev  ni, cepat benar tension deh…sebenarnya LA serba salah ni, macam tak tolong apa-apa pasal kerja format laptop tu, ye lar walaupun bukan pembahagian kerja LA tapi LA terasa dalam satu kumpulan kena uruskan sama-sama…at least nanti tak ada lar yang mengungkit, ceh!!! Saje je, tapi tengok ahli-ahli kumpulan ni semua nya ok-ok je, sempoi wei…
haaa pasal format laptop ni, Mr. Rev terpaksa pula cari hardware untuk driver, entah nape nak sangat, agaknya kat CD Driver format tu tak lengkap tuk laptop yang nak di format, then Laptop tu pun tak ada CD driver…eh?? Entah apa mende je LA ngarut ni, ye lar LA tak tau sangat pasal format ni walaupun memang tak tau sangat..hu huuu, so LA lar yang kena tolong Mr. Rev carikan hardware tu…samapai tertidur online, punya lar susah sebab line broadband kat bilik LA tak kuat, tak tau apsal…biasanya sebelum-sebelum ni ok je, just malam ni je…tak apa, ni dah menguji kesabaran LA dan baru lar namanya susah-susah dahulu kalau nak bersenang-senang kemudian...ceh!! berperibahasa pula...
satu projek yang kami jalankan untuk bulan ni, sesi penggambaran candid yang masalahnya tak dapat sambutan yang lumayan pun...setakat minggu first dan nak masuk minggu kedua ni langsung tak dapat apa-apa calling, padahal kami dah edar poster kat ketua kelas masing-masing, hurm...maybe kena rancang strategi lain, memandangkan strategi bagi poster tu tak ada respon, LA ingat nak tampal je kat mana-mana papan kenyataan...rezeki belum nampak lagi, tak apa nanti kalau ada dapat larh tu...nak cerita pula pasal kerja LA, kajian...haha jangan tengok kami ni biasa-biasa je, siap ada buat kajian lagi...LA dah siap tugasan mengkaji pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), huuu siap print dah buat laporan lagi, cita-cita kami ni tinggi, satu hari nanti nak tubuhkan syarikat, insyaAllah kalau pendapatan menunjukkan prestasi yang memuaskan...alar kerja senang je lagi pun, LA kena cari kat internet je...tu yang siap awal dari tarikh akhir tu...terus bagi Mr. Rev tuk dia sendiri pula baca...so, LA kena tunggu tindakan seterusnya lar...
berbalik pula dengan tadi malam, LA kekenyangan sebab makan KFC...hush!! lagi-lagi KFC...pagi-pagi dah KFC, malam pun makan KFC lagi...napa lar sedap sangat eh? Maybe LA senang hati kot, so maksudnya tadi malam LA pergi bandar, dengan kawan-kawan kepada roomate dan termasuklah roomate LA...larat tak larat lar perut dah penuh ni, siap beli Zinger Tower pula tu, padahal snak plate pun biasanya dah cukup...ceh!! dalam gambar je elok molek gambar burger tu, tapi bila dapat yang realiti, punya lar hampeh...lagi elok kedai burger kat Mokku buat, macam-macam lagi aksesori makanan yang ada, tapi ni harap ada ayam dengan ikan je pun...waaah!! tak apa, lain kali LA tak nak beli lagi...

...::> Blogger 

Khamis, Januari 28, 2010

Takwim Vesper

28 Jan – Mengedarkan poster sesi penggambaran
29 Jan – Menyiarkan pencarian bakat baru dan perkhidmatan di blog
01 Feb – Bermulanya sesi penggambaran (candid) untuk Fasa Pertama: 01 - 11 Feb
01 Feb – Menyiarkan iklan perkhidmatan format laptop di Forum Klip
08 Feb – Pembentangan maklumat berkenaan tema motor vespa
08 Feb – Pembentangan rekabentuk pertama - "Daun"
10 Feb – Pembentangan maklumat berkenaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
12 Feb – Bermulanya kerja menyiapkan gambar (candid) untuk Fasa Pertama: 12 - 20 Feb
21 Feb – Sambungan sesi penggambaran (candid) atau Fasa Pertama: 21 - 28 Feb
1 Mac – Sambungan menyiapkan gambar (candid) atau Fasa Kedua: 01 - 07 Mac

...::> Blogger

Iklan Terbaru

1. Pencarian bakat baru untuk PENULIS SKRIP

Hai...!! kami sedang mencari bakat baru untuk menjadi penulis skrip...so mana-mana pihak yang ada bakat ini sila lah hubungi kami seperti yang tertera di “side bar” kanan blog ni....
Hasil penulisan skrip tersebut akan dihantar ke pihak FINAS dan akan menjadi satu laluan mempromosikan hasilan yang kreatif...semoga anda berpeluang untuk menjadi satu daripadanya...

2. Perkhidmatan sesi penggambaran (CANDID)

Kami akan mengadakan perkhidmatan sesi penggambaran untuk kelas di universiti, jika anda berminat untuk menyimpan gambar candid ahli kelas sila hubungi kami seperti yang tertera di “side bar” kanan blog ni...

3. Perkhidmatan komputer dan laptop – FORMAT

Perkhidmatan untuk format mana-mana laptop dan komputer boleh lar diajukan kepada kami dengan menghubungi seperti yang tertera di “side bar” kanan blog ni...perkhidmatan hanya mengambil masa 2 hingga 4 hari serta bayaran perkhidmatan yang dikenakan lebih murah dan berpatutan daripada harga biasa...
 Laptop ada CD Driver – RM 10.00
 Laptop tiada CD Driver – RM 15.00

4. Perhatian kepada peminat PELEKAT VESPA

Penjualan pelekat atau sticker bertemakan motor vespa boleh didapati daripada kami dengan menghubungi seperti yang tertera di “side bar” kanan blog ni...
 hanya RM 2.00 sekeping...

...::> Blogger

Perbincangan pertama kami…

Pada 25 jan yang lalu, LA dipanggil untuk turun ke rumah Pittx…ada apa pula ni?? Bila sampai je mereka (Mr. Rev, Pittx & LA) panggil untuk ada kan perbincangan…wah!! Baguznya…kalau cam ni barular Nampak hala tuju dan gerak kerja kami…hehe…tujuan sebenarnya ialah untuk bincang mengenai pembahagian gerak kerja, k mula2 Mr. Rev bagi tahu ada ahli baru...terkejut juga bila dengar sebab gaya cam nak besarkan je kumpulan ni...budak baru tu perempuan pun, Piqah namanya...huuu ada peluang ke LA nak ngurat...dah jangan ngada-ngada.buat kerja dulu k..




Mr. Rev bagi tahu LA ada 3 kerja yang kena dibuat, pertama sekali Blog yang mana kena update sekurang-kurangnya 1 artikel setiap hari, dah tu kena ada talian (link) ngan “Community Blogger”...owhh so kiranya tiap-tiap hari blog ni akan tersiar benda-benda yang baru lar...kemudian ada perancangan baru, tentang pencarian untuk mengisi tugasan sebagai penulis skrip, benda ni ada misi yang besar, hasrat Mr. Rev nak menghantar hasil skrip berbentuk drama kepada pihak FINAS...wah!! besarnya hasrat ni...moga-moga berjaya...ok, tgasan kedua diberi nama Kajian (Research), yang mana LA kena cari maklumat pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk segala perkara berkenaan dengan pendaftaran kumpulan...nampaknya Mr. Rev ada niat nak menubuhkan kumpulan kami dengan sah, so kalau adanya ni kami dapat bergerak cam badan-badan syarikat yang lain...hehe...LA pun kena cari tema motor vespa yang berkaitan dengan reka bentuk dan corak...hush!! sume kerja ni ada tarikh akhir unutk dibentang tau, tak apa...masih panjang lagi tarikh nya...last tugasan yang diber kat La ialah laporan, yang mana kena buat laporan formal setiap yang kami lakukan berkaitan ngan kumpulan, haha LA berbalik semula ngan kerja-kerja pemfailan...nak buat macam ne kan, dah minat...



So, settle dah untuk LA, beralih pula kat Pittx, dia ni kena buat pasal rekabentuk dan fotografi, tak lar berat sangat tapi memerlukan idea yang kreatif, sesuai lar ngan minat dia kan...Tugasan pertama Pittx kena lakar rekebentuk yanag bertemakan “daun”...inovasi dari apa yang ada sekarang, Pittx kena fikir hasilan yang lebih terkini..untuk Fotografi pula, dia akan handle sesi penggambaran kelas, ala kena buat yang macam candid tu, posing sana sini r...so kelas mana yang berminat boleh hubungi melalui poster yang akan diedar, tak pun ada iklan yang tersiar di blog ni..tengok tau...aktiviti ni kami akan buat pada Februari nanti, mungkin Mr. Rev nak ambil pembantu tambahan...Tugasan ini akan dimulakan di universiti kami kemudian kat sekolah sekitar Terengganu kalau dapat banyak permintaan...



Untuk Zul, dia dibagi tanggungjawab part laptop, so perkhidmatan yang dia kendalikan ialah format laptop, tapi kan kalau nak format komputer cam ne pula?? Ei LA sama lar tuh...aduhaii..strategi yang Zul akan gunakan, menyiapkan perkhidmatan hanya dalam 2 hingga 4 hari sahaja...kemudian dia akan iklankan di forum klip...tugasan kedua, bab poster pula...Zul kena buat poster untuk perkhidmatan sesi penggambaran, ni lar cara kami promosi perkhidmatan...penting gak tugasan ni...



So, berbalik kat ahli baru pula apa tugasan si Piqah ni?? Haaa...Mr. Rev cakap dia sebagai pembantu kepada Zul dalam bab-bab laptop dan poster, kalau bukan pembantu sebagai yang betul-betul mengandalikan pun apa salahnya kan..hehee, so yang baru ni, Piqah kena tolong zul siapkan Poster sesi penggambaran sebab Zul tak ada banyak masa..tarikh akhir utuk siapkan pada 28 Jan ni..



Jap, jap...apa kerja yang Mr. Rev buat?? Haa...nak lepas tangan ke? Ceh tak lar, saje gurau...ok Mr.Rev lagi banyak kerja dia, kena urus tadbir tugasan yang tersedia ada, cam memerhati dan pastikan ia terlaksana, kemudian buat perancangan baru lagi...macam-macam sebenarnya kalau jadi ketua ni...Mr. Rev pun cakap nak buat satu sistem data kewangan, so senang kalau apa-apa tentang duit akan dirujuk kat data tersebut...baguz betul lar pakcik ketua ni...hehe...moga berjala lar kat sume k...



...::> Blogger

Isnin, Januari 25, 2010

Sape Sebenarnya Blogger & Vesper ni??

Berikutan daripada cite sebelum ni, ada beberapa yang dah tau pasal kami tapi tak sedetail nya kan…so, kali ni nak cite la sape or pe senanye Vesper ni…kalo ikot bahasa Terengganu, kawe nak kabo sket nih…heee…erm, nak cite yang mana dulu?? Tapi tak kisah kan sape je dulu, k kalau pasal Mr. Rev sebenarnya dia ada motor lagenda…haha..ceh gurau je, Mr. Rev ni berkaca mat pun orangnya, seorang yang berfikiran kreatif and idea yang dihasilkan memang bernas…ada sekali dia masuk pertandingan multimedia, jangan tak percaya yang mana dia dah memenangi pertandingan tersebut walaupun saingan cukup hebat…you see that??




Then sal Pittx ni sorang yang kaki sport, agak lar…ada idea pasal lukisan and reka bentuk, tapi course of line dia akaun plak…ermm?? Pelik ke?? Tapi benar…ok lar tu, pandai mencari idea dan menggunakan kemahiran yang ada..Zul!! sape pula mamat ni? Dia ni kan suka sangat pakai baju round neck warna merah, yang ada lambang universiti kitorang tu, univerrsiti k bukan siti…huhuuu…sesekali Nampak gak dia sport petang-petang, main ragbi…



so ketiga-tiga mamat ni selalunya lepak kat rumah di apartment blok P kami, tapi LA je yang jarang lepak dengan diaorang, masa LA banyak habis kat banyak komitmen, macam kat bilik ni kalo tak study online lar, kalo tak online…..pe lagi…ZZzzz…hahaha…kemudian, kelas kuliah pun banyak untuk semester ni, keje pun banyak so jarang-jarang lar ada kat bilik…kalau petang g jogging dengan sorang member kelas, tapi ada beberapa kali dengan roommate LA tu, budak Pahang…nak kata kan sibuk sehari-hari ni, every day LA kena update 3 blog…waw!! Penting tu, dah melampau nampaknya..tak apa asalkan LA bagi faedah kat orang lain & tak kacau aktiviti persekitaran…



dari pe yang dah cite ni, nampaknya kumpulan Vesper tak lar berapa intim sangat, maksudnya tak berapa rapat sebagimana LA rapat dengan budak kelas dia, tapi tak bermaksud kami tak bekerja satu kumpulan, walau apa pun kami sentiasa contact, contonya kan LA akan Tanya dulu permission dari Mr. Rev untuk post-post yang boleh letak dengan yang tak boleh letak…kalau tak Tanya nanti takut Mr. Rev marah pula, garang ke?? Tak lar, dia ni tegas je…sikit lar…lalalala..bye!!



...::> Blogger

Sabtu, Januari 23, 2010

DYMM Baginda Sultan Iskandar, Sultan Johor Mangkat

Utusan Malaysia Online - Terkini

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

 Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

 
...::> Blogger 


Avatar Sedang Mengejar Titanic!

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

...::> Blogger