rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Sabtu, Januari 23, 2010

DYMM Baginda Sultan Iskandar, Sultan Johor Mangkat

Utusan Malaysia Online - Terkini

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam (22 Jan 2010, Jumaat) di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang, 23 Jan 2010, Sabtu.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi Jumaat kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah. Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

 Pada malamnya, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang Sabtu.

 
...::> Blogger 


Avatar Sedang Mengejar Titanic!

www.murai.com.my : Avatar Sedang Mengejar Titanic!

...::> Blogger 

Jumaat, Januari 22, 2010

TeknOlOgi tu apa?

Apa sebenarnya teknologi ni?? Teknologi tu adalh satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan, so bermakna teknologi  ni meliputi macam-macam bidang, nak-nak sekarang ni amat berkait rapat dengan kehidupan manusia…agaknya tak lama lagi ia berkepentingan unutk haiwan pula kot…hahaha…Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia…ok, kita ambil contoh yang dekat dengan kita, kalau kita ada masalah telefon bimbit jadi sasaran unutk kita berhubung dengan seseorang kan…see?? Penting teknologi ni…biasanya kan ia berkait rapat juga dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini…cam yang LA bagi tahu kat sidebar, berdasarkan kreatif dan inovasi… Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Lagi, yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah…maka jadilah ia sumber kepada ekonomi setempat, macam kita juga, alar tengok lar sendiri…sekarang ni, kerap sangat "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama...ni la namanya transformasi daripada ideologi…
So, sebuah teknologi, eh sesuatu teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi…ada pula kan istilah ni, hermmm layaaan jer…Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari…. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia…penting juga bagi LA & ahli kumpulan…huuuu

...::> Blogger

Contoh jer...


Idea nama blog

Dari 1stday lagi, LA dah fikir macam-macam nama yang nak dijadikan nama untuk blog, pening lah sungguh memimikirnya, aduh!! In english ke nak bagi nama tu?? Ke malay je dah Nampak memadai ek?? Cepat, cepat…Pittx, Zul tolong bagi idea, korang kan kreatif pasal cam ni…akhirnya aku juga yang bincang dengan Mr. Rev, nampaknya dia just bagi idea tapi terpulang kat kami nak buat apa kot…mula-mula LA bagi cadangan “Balance” sebab blog yang nak buat ni apa-apa je boleh letak, so seimbang kandungan yang ada, ditolak oleh Pittx pula…”Activ Creative”, macam sedap tapi macam formal pula tengok, then masa nak create blog lar dapat idea dari Zul kalau tak silap, “Vesper design”, si Pittx & Mr. Rev pun cakap gitu, so aku sebagai pengikut arahan menjunjung titah perintah menamakan blog sebagai “Vesper Design”…

siap dah, emel je baru…kandungan habuk pun tak ada…21 Jan 2010, Mr. Rev bagi tahu nama blog tak sedap kalau panjang-panjang, so “Vesper” je lar, tapi alamat blog & emel tetap ada perkataan “Vesper” & “Design”…LA yang tak nak tukar walaupun benda tu simple sangat nak setting balik, ye r dah kira ok gak nama tu, tak panjang kereta api pun…huhuuuu…Zul cerita kat LA yang nama vesper ni datangnya dari dia sendiri, tengok lar nama facebook dia ada perkataan “Vesper”, ambil daripada pelakon dalam cerita James Bond, heroin bernama Vesper Lin…minat lar tu, then jadikan pula nama untuk blog…apa-apa pun terima ksih lar geng, settle dah kekusutan LA memikirkan nama yang sesuai…

so, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Vesper” ni?? Cari kamus lar beb tapi jangan tengok kamus English-malay sebab memang tak ada, tapi kalo “Vespers” je yang ada…lain dah maksudnya…ok, so apa sebenarnya maksud vesper ni?? Dalam ensiklopedia ia adalah sejenis nama unutk sepsis kelawar yang hanya boleh didapati kat Malaysia sahaja, wah!! Bangganya jadi anak Malaysia…tapi nama ayah aku bukan Malaysia lar…nama spesis kelawar tersebut ialah Kelawar Bulu Emas yang mana ia terangkum dalam keluarga Vespertilionidae, ada pula nama saintifiknya Murina aenea…tak sangka juga vesper dimaksudkan kepada binatang yang berdarah panas dan suka berjaga pada waktu malam…heeee…dah lebih kurang je perwatakan dengan kami ni yang selalu sangat tidur lambat…tapi kelawar  ni mamalia kan?? Haaaa…b etullah…caras pembiakan dengan beranak, biasanya kan kelawar ni berwarna hitam…hahaha ada pula warna warni eak…erm dalam makna lain pula apa dia?? kalo nak tau cari lar sendiri k...LA baca pun payah nak faham, tu yang malas nak post kat sini…

...::> Blogger





Terjadinya 1 Kumpulan

Dunia menampakkan awan yang kadang kala cerah & mendung…tidak semestinya kekal, banyak perubahan yang berlaku kepada alam, yang mana mungkin ia serba sedikit melahirkan idea pemikiran yang tidak terlintas di antara kami…hah!! Kebarangkalian nak jadi satu kumpulan pun terlalu besar kiraannya jika nak dibandingkan dengan yang tersedia ada…entah lar, yang sorang ni datangnya dari KL, bertemu di satu tempat study, mungkin kepercayaan menguasai diri, tu yang dapat lagi sorang ahli, course pun dah nak sama, yang lagi sorang ni macam nakal-nakal je, alar biasa lar remaja kan semua macam tu…yang terakhir ni tak rapat pun, just sebagai kawan yang bertegur sapa sebab kenal muka je…opsss…sorry…

dah dah…start nya macam ni, 10 Jan 2010…eh baru perasan tarikh ni ialah 10 / 01 / 2010…yang mana datangnya dari KL dikenali sebagai Mr. Rev, mengikut nama samaran yang Zul bagi tahu, dapatlah idea nak buat projek berkaitan internet menggunakan rangkaian blog…lebih kurang gitu lar…kemudian story pula kat geng dia yang suka sangat menampilkan baju merah dia, si Zul ni...dengar idea Mr. Rev terus je suka, haha…cari lar pula member lagi sorang, kat apartment yang selalu diaorang lepak-lepak…Pittx sebagai samaran macam teruja juga dengan idea tu, terus nak jadikan satu projek run-way…ceh!! Projek masa depan lar…11 Jan 2010, LA jumpa dengan Mr. Rev & Pittx tu tadi untuk jadi partnership…ni dah mesti nak punya lar pasal kerje-kerja berinternet ni memang pun jadi rebutan dia, Cuma sebelum ni tak ada peluang & ruang je..nampaknya si LA dah teruja, membayangkan pelbagai jadual harian yang semakin padat kalau projek ni menjadi nyata…pagi keesokannya, baru lar nampak LA ni macam rapat dengan Pittx & Zul, kalau tak sebelum ni macam yang dah di story kan sebelum ni r…

so, kalau berdasarkan tarikh-tarikh tu, 11 Jan 2010 adalah tarikh terjadinya ikatan partnership antara kami ni, 10 Jan 2010 pula idea dicetuskan & 12 Jan 2010 untuk hari pembelian aset utama kumpulan…wah, bersungguh betul mereka ni, dah tu nak buat macam mana kan, dah ada legal agreement secara expressly…so kena laksanakan juga, celcom broadband jenama Vodafone jadi aset paling penting, nak create blog punya lar tak sabar sebab kena tunggu 14 Jan 2010 baru boleh aktif…baru je cerita yang LA tak sabar, tapi dah masuk 15 Jan 2010 tak buat lagi, sampai lar 16 Jan 2010 ternyata blog bernama Vesper Design dicreate…huuuu…punya lar susah nak dapat kan broadband ni sebab Mr. Rev terpaksa cari merata tempat nak beli yang paling ok, maksudnya yang mampu dibeli…tak pun, yang murah senang story…ni hah!! Tak ada cara dah nak buat apa dengan page blog, template pun payah nak upload, entah mende cara yang mesti LA gunakan, sampai lar 21 Jan 2010 yang mana LA buat keputusanteruskan kerja dengan apa yang ada je dahulu, eh sekarang lar…

hah, dapat pun bincang berempat kat satu bilik ala-ala diskusi merapatkan hubungan idea, huhu…mengikut nasihat Mr. Rev serta cadangan Zul, LA pun buat apa yang perlu, dah kena ketuk baru nak buat kerja ke LA?? Apa lar, partnership ni, walaupun just macam employee tapi dikira sebagai salaried partner tau, ingat legal agreement dah ada…Pittx nampaknya bertugas sebagai pereka reka je, designer lar…apa-apa hal LA kena buat kerja, nanti Mr. Rev naik angin pula…banyak strategi kena rancang ni, nak kena post cerita selalu kat blog, nak kena publish iklan kat Friendster, Facebook, Twitter, Tagged & apa benda alah yang berkaitan tu lar…sanggupkah LA buat??? Tak apa, Zul datang sebagai pembantu, sekarang ni menuju puncak untuk ditengok Mr. Rev next week…takutnya…!!! Nak dijadikan story lagi, maka wujud lar 1 organisasi kumpulan kami ni…

Mr. Rev
(Ketua) like employer ar…ceh!!







Pittx                                                                            Zul
(Pereka) in English called as designer…                                 (Researcher) saje je letak…



LA
(Blogger) Pembuat & penulis blog je…


...::> Blogger