rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Sabtu, Februari 06, 2010

MinggU SibUk

Rasanya jumaat untuk tahun ni lar hari yang aku tak boleh lupa…bygkan lar pagi-pagi dah breakfast KFC lantaran tadi malam lupa nak makan dua ketul ayam yang besar dengan roommate LA, sebenarnya tidur awal pun, hahaha…nasib baik boleh makan lagi, at least pagi-pagi ni terisi la jugak perut yang kosong dari semalam…duk kat Negara barat ke makan KFC pagi-pagi nih?? Hahaha…
sebenarnya dah berapa hari ni LA tak sempat-sempat nak update blog Vesper ni, bukannya apa, broadband yang mana menjadi sebagai asset utama kumpulan kami ni tak ada kat LA…Mr. Rev & Zul yang guna sebab projek kami dah berjalan, lantaran banyak permintaan lar tu yang diorang berdua sibuk je memangjang….alar, kalau tak sibuk pun suka pergi menyibuk….wawawa…~~..~..nak dicerita minggu ni dah makin dan semakin busy, dapat banyak permintaan untuk perkhidmatan format laptop, ni LA punya sebab lar, tampal banyak sangat poster perkhidmatan tu kat mana-mana tempat entah dalam kampus sini…alar, tak pa lar, tu yang namanya rezeki tu…tuk hari jumaat je dah dapat 4 panggilan dah, naik pening dah Mr. Rev  ni, cepat benar tension deh…sebenarnya LA serba salah ni, macam tak tolong apa-apa pasal kerja format laptop tu, ye lar walaupun bukan pembahagian kerja LA tapi LA terasa dalam satu kumpulan kena uruskan sama-sama…at least nanti tak ada lar yang mengungkit, ceh!!! Saje je, tapi tengok ahli-ahli kumpulan ni semua nya ok-ok je, sempoi wei…
haaa pasal format laptop ni, Mr. Rev terpaksa pula cari hardware untuk driver, entah nape nak sangat, agaknya kat CD Driver format tu tak lengkap tuk laptop yang nak di format, then Laptop tu pun tak ada CD driver…eh?? Entah apa mende je LA ngarut ni, ye lar LA tak tau sangat pasal format ni walaupun memang tak tau sangat..hu huuu, so LA lar yang kena tolong Mr. Rev carikan hardware tu…samapai tertidur online, punya lar susah sebab line broadband kat bilik LA tak kuat, tak tau apsal…biasanya sebelum-sebelum ni ok je, just malam ni je…tak apa, ni dah menguji kesabaran LA dan baru lar namanya susah-susah dahulu kalau nak bersenang-senang kemudian...ceh!! berperibahasa pula...
satu projek yang kami jalankan untuk bulan ni, sesi penggambaran candid yang masalahnya tak dapat sambutan yang lumayan pun...setakat minggu first dan nak masuk minggu kedua ni langsung tak dapat apa-apa calling, padahal kami dah edar poster kat ketua kelas masing-masing, hurm...maybe kena rancang strategi lain, memandangkan strategi bagi poster tu tak ada respon, LA ingat nak tampal je kat mana-mana papan kenyataan...rezeki belum nampak lagi, tak apa nanti kalau ada dapat larh tu...nak cerita pula pasal kerja LA, kajian...haha jangan tengok kami ni biasa-biasa je, siap ada buat kajian lagi...LA dah siap tugasan mengkaji pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), huuu siap print dah buat laporan lagi, cita-cita kami ni tinggi, satu hari nanti nak tubuhkan syarikat, insyaAllah kalau pendapatan menunjukkan prestasi yang memuaskan...alar kerja senang je lagi pun, LA kena cari kat internet je...tu yang siap awal dari tarikh akhir tu...terus bagi Mr. Rev tuk dia sendiri pula baca...so, LA kena tunggu tindakan seterusnya lar...
berbalik pula dengan tadi malam, LA kekenyangan sebab makan KFC...hush!! lagi-lagi KFC...pagi-pagi dah KFC, malam pun makan KFC lagi...napa lar sedap sangat eh? Maybe LA senang hati kot, so maksudnya tadi malam LA pergi bandar, dengan kawan-kawan kepada roomate dan termasuklah roomate LA...larat tak larat lar perut dah penuh ni, siap beli Zinger Tower pula tu, padahal snak plate pun biasanya dah cukup...ceh!! dalam gambar je elok molek gambar burger tu, tapi bila dapat yang realiti, punya lar hampeh...lagi elok kedai burger kat Mokku buat, macam-macam lagi aksesori makanan yang ada, tapi ni harap ada ayam dengan ikan je pun...waaah!! tak apa, lain kali LA tak nak beli lagi...

...::> Blogger 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...::> erm...terima kasih eah bagi komen yang membina, tak kisah lar apa pun, yang penting komen tu sangat berguna kat Vesper's blog ni...mekaseh sekali lagi...