rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Khamis, Januari 28, 2010

Perbincangan pertama kami…

Pada 25 jan yang lalu, LA dipanggil untuk turun ke rumah Pittx…ada apa pula ni?? Bila sampai je mereka (Mr. Rev, Pittx & LA) panggil untuk ada kan perbincangan…wah!! Baguznya…kalau cam ni barular Nampak hala tuju dan gerak kerja kami…hehe…tujuan sebenarnya ialah untuk bincang mengenai pembahagian gerak kerja, k mula2 Mr. Rev bagi tahu ada ahli baru...terkejut juga bila dengar sebab gaya cam nak besarkan je kumpulan ni...budak baru tu perempuan pun, Piqah namanya...huuu ada peluang ke LA nak ngurat...dah jangan ngada-ngada.buat kerja dulu k..




Mr. Rev bagi tahu LA ada 3 kerja yang kena dibuat, pertama sekali Blog yang mana kena update sekurang-kurangnya 1 artikel setiap hari, dah tu kena ada talian (link) ngan “Community Blogger”...owhh so kiranya tiap-tiap hari blog ni akan tersiar benda-benda yang baru lar...kemudian ada perancangan baru, tentang pencarian untuk mengisi tugasan sebagai penulis skrip, benda ni ada misi yang besar, hasrat Mr. Rev nak menghantar hasil skrip berbentuk drama kepada pihak FINAS...wah!! besarnya hasrat ni...moga-moga berjaya...ok, tgasan kedua diberi nama Kajian (Research), yang mana LA kena cari maklumat pasal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk segala perkara berkenaan dengan pendaftaran kumpulan...nampaknya Mr. Rev ada niat nak menubuhkan kumpulan kami dengan sah, so kalau adanya ni kami dapat bergerak cam badan-badan syarikat yang lain...hehe...LA pun kena cari tema motor vespa yang berkaitan dengan reka bentuk dan corak...hush!! sume kerja ni ada tarikh akhir unutk dibentang tau, tak apa...masih panjang lagi tarikh nya...last tugasan yang diber kat La ialah laporan, yang mana kena buat laporan formal setiap yang kami lakukan berkaitan ngan kumpulan, haha LA berbalik semula ngan kerja-kerja pemfailan...nak buat macam ne kan, dah minat...



So, settle dah untuk LA, beralih pula kat Pittx, dia ni kena buat pasal rekabentuk dan fotografi, tak lar berat sangat tapi memerlukan idea yang kreatif, sesuai lar ngan minat dia kan...Tugasan pertama Pittx kena lakar rekebentuk yanag bertemakan “daun”...inovasi dari apa yang ada sekarang, Pittx kena fikir hasilan yang lebih terkini..untuk Fotografi pula, dia akan handle sesi penggambaran kelas, ala kena buat yang macam candid tu, posing sana sini r...so kelas mana yang berminat boleh hubungi melalui poster yang akan diedar, tak pun ada iklan yang tersiar di blog ni..tengok tau...aktiviti ni kami akan buat pada Februari nanti, mungkin Mr. Rev nak ambil pembantu tambahan...Tugasan ini akan dimulakan di universiti kami kemudian kat sekolah sekitar Terengganu kalau dapat banyak permintaan...



Untuk Zul, dia dibagi tanggungjawab part laptop, so perkhidmatan yang dia kendalikan ialah format laptop, tapi kan kalau nak format komputer cam ne pula?? Ei LA sama lar tuh...aduhaii..strategi yang Zul akan gunakan, menyiapkan perkhidmatan hanya dalam 2 hingga 4 hari sahaja...kemudian dia akan iklankan di forum klip...tugasan kedua, bab poster pula...Zul kena buat poster untuk perkhidmatan sesi penggambaran, ni lar cara kami promosi perkhidmatan...penting gak tugasan ni...



So, berbalik kat ahli baru pula apa tugasan si Piqah ni?? Haaa...Mr. Rev cakap dia sebagai pembantu kepada Zul dalam bab-bab laptop dan poster, kalau bukan pembantu sebagai yang betul-betul mengandalikan pun apa salahnya kan..hehee, so yang baru ni, Piqah kena tolong zul siapkan Poster sesi penggambaran sebab Zul tak ada banyak masa..tarikh akhir utuk siapkan pada 28 Jan ni..



Jap, jap...apa kerja yang Mr. Rev buat?? Haa...nak lepas tangan ke? Ceh tak lar, saje gurau...ok Mr.Rev lagi banyak kerja dia, kena urus tadbir tugasan yang tersedia ada, cam memerhati dan pastikan ia terlaksana, kemudian buat perancangan baru lagi...macam-macam sebenarnya kalau jadi ketua ni...Mr. Rev pun cakap nak buat satu sistem data kewangan, so senang kalau apa-apa tentang duit akan dirujuk kat data tersebut...baguz betul lar pakcik ketua ni...hehe...moga berjala lar kat sume k...



...::> Blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...::> erm...terima kasih eah bagi komen yang membina, tak kisah lar apa pun, yang penting komen tu sangat berguna kat Vesper's blog ni...mekaseh sekali lagi...